Selasa, 22 September 2020

Sani Sudin - Dalam Rimba Karya

Aku pertama kali tahu yang Sani Sudin ini ada album solo sendiri adalah dalam beberapa tahun yang lalu, lepas tengok satu forum dekat Youtube oleh Ronasina yang membentangkan tentang lirik Kasih Latifah (Bedah Lirik Lepak Maqasid). Dia ada sebut tentang penulis kirik yang prominen di Malaysia selain arwah Loloq dan juga menyebut tajuk lagu dari album ini.

Aku pun mencarilah album ini merata-rata. Di Amcorp, Subang, PJ. Sampai ada group Facebook, aku cuba juga cari dalam itu, dan aku diketemukan dengan kaset album ini.


Musically, aku menilai album ini sebagai sebuah album folk melayu yang berteraskan melodi-melodi rock/pop dari Amerika. Aku ada terbau pengaruh Neil Young dan Van Morrison dalam beberapa lagu.

Apa yang menarik minat aku adalah liriknya. Sani menulis lirik dengan kelihatan sangat senang dan effortless sekali. Ada banyak part yang aku rasa liriknya sangat rugged tanpa terlau mencuba-cuba. Yelah, beliau pun memang sudah tersohor sebagai penyair dan penulis sajak.

Aku tak follow sangat Kopratasa sebenarnya, ada lah satu dua lagu yang aku ingat dan boleh singalong. Cuma bila dipertemukan dengan album ini, aku rasa teruja. Aku suka garapan lagu dan lirik dalam album ini. Saling melengkapi.

Lirik-lirik dari album berkisar tentang cinta kepada tuhan. Tema tasawuf/sufisme yang kuat dipamerkan oleh Sani dalam album ini. Bahasa yang digunakan pun tidaklah terlalu tinggi, tapi apa yang ingin diceritakan memang sampai.

Perjalanan album pun smooth, lagu yang catchy buat kau rasa yang album ini sebenarnya tak cukup lagu. Rasa tak puas haha. Bagi aku ini antara album folk melayu terbaik di Malaysia. Aku boleh letak dalam top 3 lah setakat ini.


rating tanduk setan (maksimum 5): ðŸ˜ˆðŸ˜ˆðŸ˜ˆðŸ˜ˆ
 

Search - Gema Di Timur Jauh

 Aku bermula mendengar Search agak lewat, aku rasa mungkin dalam umur 13-14 tahun. Tahun 2001-2002. Sebeleum itu aku banyak hanya didedahkan dengan Wings oleh abah aku. Selain Wings, banyak yang lain genre dari rock macam Zainal Abidin, Sheila Majid (RAP), dan muzik rock dari barat yang lain.

Aku hanya tertarik dengan Search bila aku dapat dengar sepenuhnya album live unplugged Gema Di Timur Jauh (sama tajuk tapi setlist langsung lain hahaha).

Album ini bukanlah kegemaran aku dari Search pun. Ada beberapa saja lagu yang aku boleh layan kepala lebih dari sekali. Tapi aku harus bagi kredit penuh dan tinggi pada Kid terutama solo beliau dalam intro lagu Cintaku Hilang Bisanya. Bagi aku belum ada lagu rock Malaysia yang boleh lawan solo lagu ini. Bagi aku lah.

Album ini hadir pada tahun 1995 dan diterbitkan oleh M.Nasir. Lagu pun hampir kesemua ditulis oleh sifu M.Nasir dan lirik oleh arwah Loloq. Ada lah satu dua dari Usop, Keon dan M. Nasir juga.

Pembahagian lagu-lagu dalam album ini aku rasa kurang menarik berbanding Karisma dan Rampage (kalau kita hanya ambil kira album-album post Fenomena). Susunan track agak boleh dijangka dan agak seimbang antara lagu-lagu fast dan slow numbers.

Secara keseluruhan bukan dalam top 5 album Search favourite aku tapi masih boleh didengar secara constant. Aku takkan skip track mana yang aku suka dan aku masih boleh cuba untuk dengar secara seluruhnya.

rating tanduk setan (maksimum 5): ðŸ˜ˆðŸ˜ˆðŸ˜ˆ

p/s: top 5 album Search kegemaran aku macam kat bawah ni:

1. Rampage

2. Karisma

3. Fenomena

4. Langit Dan Bumi

5. Rock 'n Roll Pie